Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 26, 2011

Al-Quran Digital

Beberapa hari lepas, aku berborak dgn kwn aku, psal Al-quran...tgh borak-borak, timbul la psal hantaran (since i'm getting married soon.. ;P), dan Al-quran Digital ni macam menarik...jadi, aku pun 'google' la...memang menarik! macam i-pad, namanye e-alim.. nak tau lebih, baca kat sini...kalau baca kat website tu, ade dijual juga handphone yang lengkap dgn perisian al-quran.wow~ best3.... tapi, ade satu kemusykilan, handphone kan, kite dok bawa merata-rata termasuk tempat yang tidak suci (toilet la yang paling common skali). cmane2? Haa, jom baca yang di bawah ni.. (>_<)


(Assalamualaikum..........

Baru-baru ini ana ke sebuah madrasah di Pelangi Indah, sesampai ana di sana, ana berwuduk , ketika ana berwuduk ana terdengar suara pengajian surah2 suci allah dari dalam tandas yang kebetulan berdekatan dengan tempat wuduk.

Tiba2 keluar seorang hamba allah sambil menjawap panggilan tersebut dari tandas, ana tunggu Si Polan habis berbicara , apabila Si Polan habis berbicara ana menegur akan penggunaan ayat suci al-quran sebagai ringtone.

Dengan nada keras beliau terus menempelak ana, dengan hati yang panas ana meninggalkan Si Polan membebel seorang. Disini ana ada dapatkan sedikit info tentang permasalahan tadi dari laman web JAKIM yang di jawap oleh mereka2 yang berkelayakan lagi bertauliah. Marilah sama2 kita menjaga kesucian ayat2 suci al-quran al karim...........

SOALAN 1:

Adakah salah sekiranya kita "download" quran (termasuk ayat-ayat quran) dan simpan "install" dalam handphone? Pada pandangan saya, mungkin kita boleh rujuk quran pada bila bila masa mengikut keperluan kita dan senang dibawa kemana-mana sekiranya quran di "install" di handphone. Pada masa yang sama, kita mungkin letak handphone di merata-rata tempat, dan kita juga kadang kala bawa handphone ke tandas dan tempat tidak suci. Jadi, perkara ini memang mempunyai kebaikan dan keburukan. Jadi ,saya hendak tahu adakah betul (dari segi agama islam) pengunaan quran yang di "install" dalam handphone?.

Jawapan:

Memasukkan ayat Al-Quran ( download) dalam handphone adalah harus tetapi dengan syarat hendaklah menjaga adab-adab sehingga tidak mencemar kesuciannya seperti membawa masuk ke tandas ketika ayat Al-Quran terpapar di screen handphone.

SOALAN 2:

Kini telah ada ipod nano, mp3 player, telefon bimbit dan sebagainya menggantikan walkman. Apakah hukumnya memuat turun semua isi kandungan al-quran yang mengandungi 114 buah surah ke dalam alat tersebut dengan niat untuk mendengarnya? dan bolehkah ia dibawa masuk ke dalam tandas?

sekian, terima kasih..

Jawapan:

Dlam zaman sains dan teknologi,berbagai produk telah dihasilkan oleh manusia termasuklah dengan menghasilkan CD al-Quran dan hadith. Didalam hal ini, agama Islam tidak menghalang daripada berbuat demikian dengan syarat CD tersebut dijaga dan dipelihara dengan sebaik mungkin. Ia hendaklah diletakkan di tempat yang tinggi dan tidak boleh dilangkah dan dibawa di dalam tandas. .

SOALAN 3:

Apakah hukumnya membawa telefon bimbit yang mengandungi ayat al-Quran tetapi tidak memasangnya (mp3) semasa di dalam bilik air atau tandas? .

Jawapan:

Harus membawa telefon bimbit yang mengandungi ayat al-Quran.

SOALAN 4:

apakah hukum menggunakan nada dering dalam bentuk bacaan ayat Al-quran pada telefon bimbit.

Jawapan:

Penggunaan nada dering dalam bentuk bacaan Al-Quran dibolehkan atas tujuan kebaikan dan bukan untuk dipermainkan. Adab-adab penggunaan nada dering perlu dijaga sebaiknya supaya tidak mencemar kesucian al-Qur'an seperti penggunaan di tandas dan tempat lain yang tidak sesuai...

SOALAN 5:

assalamualaikum... saya nk tanya satu soalan iaitu ; mengikut zaman sekarang , kita dah ada banyak kemudahan. salah satu darinya ialah telifon. soalan saya ; kalau kita masukkan program alquran reader ( 114 juzuk ) dalam phone apa hukumnya. adakah penggunaan program seperti itu haram kerana kita selalu membawa membawa kemana saja phone itu..

Jawapan:

Hukum memasukkan program al-Quran dalam handphone adalah harus dengan syarat menjaga kesucian ayat al-Quran daripada memasuki tempat yang kotor dan maksiat.


SOALAN 6:

Apa hukumnya membawa PDA yang mempunyai sofware Al-quran, sekiranya dibawah ke tandas? .

Jawapan:

Haram membawa soft ware al-Quran tersebut ke dalam tandas.Sebaik-baiknya berilah kepada seseorang yang dipercayai memegangnya sebelum masuk tandas.Hormatilah ayat-ayat suci al-Quran.Jagalah ia daripada sebarang bentuk

SOALAN 7:

Penggunaan telefon bimbit semakin berkembang pesat.Selaras dengan itu, apa hukumnya memuat turun surah yasin atau ayat-ayat qurĂ¡n ke dalam tel.
bimbit? Kerana kadang-kadang kita terlangkah atau pun meletakkannya di merata-rata tempat..

Jawapan:

Tidak mengapa memasukkan surah yasin dan ayat-ayat Al-Quran di dalam telefon bimbit. Telefon bimbit yang mengandungi ayat Al-Quran tidak dikira sebagai Al-Quran. Oleh itu tidak timbul persoalan melangkah telefon tersebut..

SOALAN 8:

1.apakah hukum menggunakan ayat-ayat al-quran sebagai nada dering dalam handphone dan menyimpan ayat-ayat al-quran dalam bentuk digital ?

2. berikan dalil naqli yang datang dari sumber yang shahih, aqli, fatwa atau qaul mufti-mufti dan ulama' yang muktabar?

Jawapan:

Harus menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai nada dering kerana mengingatkan diri kepada Allah S.W.T. Walau bagaimanpun handphone berkenaan hendaklah dijaga dengan baik sekiranya memasuki tandas hendaklah di matikan ataupun diberi kepada orang lain untuk menjaganya demi untuk memelihara kesucian al-Quran...

SOALAN 9:

1.apakah hukum menggunakan ayat-ayat al-quran sebagai nada dering dalam handphone dan menyimpan ayat-ayat al-quran dalam bentuk digital ?

2. berikan dalil naqli yang datang dari sumber yang shahih, aqli, fatwa atau qaul mufti-mufti dan ulama' yang muktabar?

Jawapan:

1. Penggunaan nada dering dalam bentuk bacaan Al-Quran dibolehkan atas tujuan kebaikan dan bukan untuk dipermainkan. Adab-adab penggunaan nada dering perlu dijaga sebaiknya supaya tidak mencemar kesucian al-Qur'an seperti penggunaan di tandas dan tempat lain yang tidak sesuai. Al-Quran dalam bentuk digital dibolehkan.
2. Dalil naqli sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Waqiah ayat ke 77-79 yang bermaksud :"77. bahawa sesungguhnya(yang dijadikan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan. 78. yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara. 79. yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci."alam surah Al-WaqiahL.

SOALAN 10:

Apakah hukumnye bagi membawa alat elektronik seperti iphone yang mengandungi elektronik quran ke tandas? Jikalau kita tidak membuka applikasinya?.

Jawapan:

Anda boleh membawa peralatan tersebut ke dalam tandas jika tidak membukanya. Wallahu 'alam..)




Kesimpulannye, kite kene jaga kesucian ayat-ayat suci al-Quran dari tempat-tempat yang tidak suci....hurm2....

Tuesday, February 8, 2011

Bismillah



Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.