Wednesday, December 28, 2011

Sebelum Nikah, Selepas Nikah

Assalamu'alaikum W. B. T. semua...

dah lama bebeno tak post kat blog...last time, bulan Mac.. masa tu sangat busy and cuak sebab nak settlekan urusan akad nikah dan walimatul urusku. Alhamdulillah, semuanya dah lepas 28 dan 29 Mei yang lepas. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekurangan. Semua yang buruk datang dari diri hamba Allah yang kerdil ini. Dah nama manusia, memang tak sempurna pun. Namun, kita kena tetap berusaha untuk jadi yang terbaik. InsyaAllah.

Hari ini, genap 7 bulan sudah kami bernikah. Ambil masa juga nak sesuaikan diri dengan kehidupan bersama. Kalau sebelum nikah, aku memang suka mengemas; selepas nikah, satu rumah aku kemas..Hahaha...Bak kata my hubby, 'ngemas je keje'.. Adoi, nak buat cmane...

Untuk post kali ini, tiada input berilmiah sangat, saje nak update blog je...Walaubagaimana pun, ade satu rangkap yang aku nak kongsi..

'Jika kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita... Apa itu hak Allah? Hak Allah ialah tanggungjawab kita sebagai HAMBA ALLAH di muka bumi milikNYA ini; segala perintah dan laranganNya..Jadi, kalau kita ditimpa malapetaka (dari segi akademik, harta benda, anggota badan), janganlah kita mengeluh kerana mungkin ada hakNYA yang kita belum laksanakan'

ALLAHUAKBAR!!!

Merindui Rasulullah SAW...

Wednesday, March 23, 2011

Kek Batik

Assalamualaikum... hari ni, aku nak letak resepi kek batik.. dapat resepi ni dari mak usu aku..tak pernah buat lagi, sebab pakai milo...huhu...anyway, akan ku cuba juga buat kek batik ni di masa akan datang.

Bahan-bahan
300-500 g milo
1 buku butter
1 tin susu pekat
biskut marie
0.5 kg kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, tumbuk kasar)

Cara-cara
larutkan milo dalam kuali. panaskan, kemudian masukkan butter, dan susu pekat. then, tutup api, masukkan biskut marie, kacau sampai rata, lepas tu, masukkan kacang, gaul lagi. lastly, masukkan dalam loyang.

senang je sebenarnye.cuma, risaukan takde orang nak makan..anyway, selamat mencuba ye.. (>_<)

Tuesday, March 22, 2011

Puding Castard

Assalamu'alaikum... hari ini, aku nak share resepi puding castard. resepi ni diberi oleh mak usu aku..dah buat dah...i like it..tapi sesetengah orang suka pudingnya manis2..

Bahan-bahan
Puding
1 cawan tepung castard
3.5 cawan air (suhu bilik)
1 sudu besar penuh susu pekat

Kuah
1 tin susu cair
1.5 tin air (panas)
4 sudu gula pasir
1++ sudu tepung castard (bancuh dalam cawan lain dulu)
buah cocktail

Cara-cara
Puding
masukkan semua bahan dalam periuk, hidupkan api, kacau sampai mendidih, pekat dan berkilat. kemudian tutup api, tuangkan ke dalam loyang, dan sejukkan.

Kuah
masukkan susu cair, dan air dalam periuk, kacau atas api sampai mendidih, masukkan tepung castard dan kacau rata. Tutup api, biarkan sejuk, dan masukkan cocktail. masukkan semua dalam peti sejuk...dah sejuk semua, boleh la dimakan...sedap dimakan semasa sejuk...selamat mencuba..


Monday, March 21, 2011

Ayam Masak Paprik

Assalamu'alaikum...

hari ni, aku nak kongsi satu lagi resepi.. Ayam masak paprik..selalu makan ni kat kedai je kan, wondering cmane la cara masaknye.. my housemate, nona, la yang ajar cmane nak masak ayam paprik ni.... mari kita belajar sama-sama...

Bahan-bahan
  • Kubis bunga
  • lobak
  • lada benggala
  • ayam (dipotong kecik-kecik)
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • lada merah
  • cili api
  • daun limau purut
  • serai
  • pelbagai sos (sos cili, sos tiram, sos thai, kicap)

Cara-cara
Panaskan minyak. Lepas tu, masukkan ayam, kacaukan sampai masak. kemudian, masukkan
bawang merah, bawang putih, halia, daun limau purut, serai dan garam secukup rasa, biarkan sampai naik bau. lepas tu, masukkan kubis bunga, lobak, lada benggala, lada merah dan cili api. kalau nak pedas, letak la banyak-banyak cili api. last sekali, masukkan campuran sos. sukatan sos-sos tu, ikut citarasa korang la ye, seimbangkan sume.

haaa, mmg sedap!! masakan rumah tetap yang terbaik.. berkat pun ada.. tambah-tambah lagi, kalau kita masakkan untuk orang-orang yang tersayang. selamat mencuba semua.. :)

Sunday, March 20, 2011

Asam Pedas Johor

Bahan-bahan
  • bawang putih (blend)
  • bawang merah(blend)
  • halia(blend)
  • kunyit hidup(blend)
  • belacan(blend)
  • lada kering(blend)
  • ikan/ayam/daging
  • asam jawa
  • daun kesum
  • gula
  • garam

cara-cara
tumiskan bahan yang diblendkan tadi, kemudian masukkan ayam, biarkan sebentar supaya ayam masak, masukkan air asam jawa, gula dan garam, biarkan mendidih, last skali, masukkan daun kesum.

Friday, March 18, 2011

Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan
  • Ayam
  • Kicap
  • Lada sulah
  • Minyak
  • Bawang
  • Kentang

Cara-cara
Perap ayam dengan kicap dan lada sulah. Hiris bawang, tumis dan goreng sampai garing, pastu, masukkan ayam yang diperap dan kentang. Masukkan sedikit air, masak sampai ayam dan kentang empuk dan kuah kering.

Resepi Honey Cornflakes

Assalamualaikum WBT.

Baru nak update resepi2 yang pernah aku buat....Alhamdulillah jadi....sedap3!!!

Hari ni, aku nak record resepi honey cornflakes...

Bahan-bahan
1/2 cawan planta
1/2 cawan gula
3/4 cawan madu
1 kotak cornflakes

cara-cara
Panaskan dan larutkan planta, gula dan madu. kemudian, gaul dgn cornflakes. masukkan dlm cup. lepas tu, masukkan dalam oven selama 5 minit (300 Fahrenheit)