Wallahua'lam. Tak tau betul ke tidak cerita ni. Cuma jadikanlah pengajaran...jangan mencabar kekuasaan Allah SWT...
PERNAH suatu ketika dahulu diceritakan tentang kisah mayat rentung dalam bas ! . Mengikut sumber yang dipercayai,mayat gadis itu adalah mayat seorang gadis yang meninggal dunia secara tiba-tiba selepas beberapa minit dia berada dalam bas dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.Kisah ini berlaku dalam sebuah bas yang baru saja berhenti di satu perhentian untuk mengambil penumpang.Pada masa itu,seorang gadis ayu dan kelihatan begitu genit berumur dalam lingkungan 20an menaiki tangga bas dengan cara yang gak payah sikit kerana ia memakai skirt pendek dan cukup ketat menyebabkan pergerakkannya terhad bila melangkah.Dari bentuk rupa dan warna kulitnya,semua orang dapat mengagak bahawa gadis itu adalah anak Melayu dan sudah tentunya beragama Islam.Walau bagaimanapun dari bentuk pakaiannya bermini skirt,berbaju t-shirt yang menampakkan ketiak dan pusat serta fesyen rambutnya yang begitu menjolok mata menjadikan gerak gerinya dalam bas itu mendapat perhatian penumpang-penumpang lain.Semua mata yang berada dalam bas itu tertumpu kepadanya terutama mata lelaki sehingga ada yang terbeliak melihatnya.Gadis itu tidak ambil kisah kerana dia memang sudah menjangka dirinya akan menjadi tumpuan ramai.Memang itulah perkara yang sangat disenanginya.Secara kebetulan ada satu tempat kosong bersebelahan dengan seorang wanita tua bertudung kepala.Wanita tua yang sudah beruban putih di kepala itu memberi laluan kepadanya supaya duduk di tepi tingkap.Sambil menjeling kepada gadis genit yang berpakaian menjolok mata itu,wanita tua tersebut tiba-tiba bersuara secara yang tidak akan menyentuh perasaan orang lain .
" Anak,lebih elok kalau kamu berpakaian sopan yang sesuai dengan adat kita orang Melayu dan menutup aurat sebagaimana yang disuruh oleh agama kita Islam…" . Gadis genit yang baru duduk itu berpaling dan merenung muka perempuan tua tersebut dengan mata yang tidak berkedip-kedip.Dia tidak menjangka perempuan tua itu akan berkata begitu kepadanya yang tidak dikenali langsung.Dengan serta merta darah muda yang mengalir di dalam tubuhnya itu memenuhi bahagian mukanya sehingga kelihatan merah yang amat ketara . Siapakah perempuan tua ini yang begitu lantang bermulut ' leser ' mengambil tahu hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengannya ? . Apakah hak dia berkata begitu kepada aku yang tidak dikenalinya ? kenapa dia begitu berani menjaga tepi kain orang lain sehingga tidak teragak-agak lagi memberi nasihat kepada aku ? . Sambil merenung tepat ke muka orang tua yang sedang memandangnya itu,gadis itu pun menjawab dengan suran lantang secara mengejek ,
" Makcik…….Saya tak kenal siapa Makcik ni. Apa hak Makcik berkata begitu pada saya ? Mak ayah saya sendiri pun tak pernah cakap macam tu.Bila mati nanti kubur kita masing-masing makcik ooiii !! .Kalau nanti kubur makcik ada air-cond tentu makcik tak tau macam mana pulak kubur saya. Apa makcik ada memegang kunci pintu syurga ke sehingga dapat menentukan siapa yang akan masuk ke dalamnnya nanti ? " . Suaranya itu cukup kuat sehingga dapat didengari oleh hampir-hampir semua penumpang dalam bas tersebut menyebabkan ramai yang merenung kepadanya dengan mulut terlopong.Sambil mengetapkan bibirnya menahan perasaan marah dia merenung lagi wajah perempuan tua yang pada masa itu hanya terdiam tidak menjangka gadis tersebut akan bertindak demikian . Secara spontan kemudiannya membuka beg tangan yang disandangnya lalu mengeluarkan sekeping kad kecil dan menghulurkannya kepada perempuan tua tersebut .
" Nah……. Ini dia kad saya dengan nombor telefon sekali. Saya harap makcik boleh tolong bagi tahu Allah, saya ingin menempah satu bilik di neraka jahanam.Kalau boleh,mintak Allah terus menghubungi saya adakah bilik di neraka jahanam tu masih ada yang kosong ? " . Sungguhpun jawapan gadis itu sangat menghiris hati perempuan tua tersebut,namun ia hanya mendiamkan diri saja sambil mengambil kad yang dihulurkan kepadanya.Gadis itu menyambung lagi ,
" Saya tempah bilik dalam neraka jahanam tu sebab saya tahu tempat itu dah jahanam . Apa kita nak takut lagi ?..... Tolong telefon saya bila makcik dapat bilik temapahn saya dalam neraka jahanam tu… ok ? " .Katanya dengan nada mengejek sambil tersenyum sinis.Orang tua itu hanya terdiam dan tidak menjangka sama sekali seorang gadis genit seperti itu sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu sehingga bersedia mencabar kekuasaan Allah.Apa yang dapat dilakukannya Cuma mengurut dada sambil berisytighfar .Selepas itu kedua-duanya tidak berkata apa-apa lagi. Masing-masing mengelamun dengan cara tersendiri sehinggalah bas itu pun tiba ke perhentiannya di Bandar.Ketika semua orang sudah bangun untuk berjalan turun dari bas,kelihatan gadis genit itu masih tidur dengan kedudukan yang agak selesa.Pada mulanya perempuan tua tersebut ingin membiarkan saja,tetapi dirasakannya tidak sampai hati pula.Oleh itu dengan penuh hati-hati dia menghulurkan tangannya memegang bahu gadis itu sambil berkata ,
" Bangun nak…… kita dah sampai , " Reaksi gadis itu Cuma negatif saja kerana matanya masih tetap tertutup rapat.Perempuan tua itu menjadi semakin berani,lalu digoncang-goncangnya badan gadis itu,namun masih tetap tiada respon.Ia ternyata masih tidur.Apabila telah agak lama gadis itu masih tetap tidur juga menyebabkan pemandu bas itu menjadi tertarik hati lalu menghampiri perempuan tua itu sambil bertanya ,
" Kenapa Makcik ? "
" Kesian budak ni tidur lena betul.Dah sampai pun masih tak nak turun lagi," jawab orang tua itu . Merasa tertarik dengan kedudukan gadis itu dan cara matanya tertutup menyebabkan pemandu bas tersebut menghampirinya.Mulanya dia cuba memegang bahu gadis itu sambil menggoyang-goyangkannya.Apabila masih tiada reaksi apa-apa dia terus memegang tangan gadis itu .
" Ya Tuhan…!! Dia dah meninggal dunia…. " . Katanya terkejut .
Perempuan tua itu terkejut besar mendengar kata-kata pemandu bas itu tetapi dia hanya mendah tangan ke langit membaca surah Al-Fatihah.Pemandu bas itu turun dan sebentar kemudian datang semula dengan dua orang kawannya – Seorang lelaki dan seorang wanita.Mereka kemudiannya cuba mengangkat mayat gadis itu untuk di bawa turun tetapi satu kejadian aneh telah berlaku.Mayat gadis itu tiba-tiba kelihatan bertukar warna menjadi hitam legam seolah-olah renting dibakar api.Bila mereka cuba menyentuhnya untuk mengangkat,tangan mereka terasa kepanasan yang sangat luar biasa.Begitulah yang terjadi setiap kali mereka cuba menyentuhnya.Setelah tidak berjaya mengangkatnya mereka pun hanya menunggu pihak ambulans untuk menguruskan mayat tersebut.Dari kad pengenalan dalam beg tangannya diketahui bahawa gadis itu adalah anak seorang berada dan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.Ibu bapanya terlalu sibuk dengan urusan mengumpulkan wang dan mengejar kedudukan sehingga mereka tidak ada langsung masa terluang untuk mendidik anak mereka dengan asuhan agama yang cukup sempurna..Ketika kejadian tersebut berlaku dia baru 2 minggu pulang dari melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat.Di Negara itu dia bebas lepas melakukan sekehendak hatinya tanpa ada sesiapa yang berani menentangnya.Nama yang tertulis pada Kad Pengenalannya sebagai nama seorang Islam hanya menentukan bakanya saja beragama Islam,sedangkan pada hakikatnya dia tidak mengerti apa-apa tentang Islam.
JANGANLAH ENGKAU BERJALAN DI MUKA BUMI DENGAN SOMBONG.SESUNGGUHNYA ENGKAU TIADA DAPAT MENEMBUS BUMI DAN TIDAK AKAN SAMPAI ENGKAU SETINGGI GUNUNG
( Surah Al – Israak Ayat 37 )
No comments:
Post a Comment