Wednesday, October 20, 2010

Air Alkali

Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?

Makanan kita menghasilkan buangan berasid dalam badan yang menjadi punca utama penyakit kronik seperti kegemukan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, sakit sendi, penyakit kulit tegar dan juga kanser.

Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?

Dua perkara berlaku apabila kita makan. Sebahagian dari makanan yang dicernakan akan diserap oleh sel dan yang lain menjadi bahan buangan yang berasid. Jika buangan berasid ini tidak disingkirkan ianya akan merosakkan kesihatan.

Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?

“Anda akan berpenyakit, lesu dan gemuk dan jika anda tidak gemuk anda akan mati. Apabila rezab alkali berkurangan dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan, badan anda muka menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej. Itulah sebabnya orang tua mengecut dan bongkok. Proses koreksi dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid,” kata Dr Robert Young.

Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?

Air alkali tidak boleh mengalkalikan badan secara terus terutama sekali bahagian perut yang sangat berasid dengan pH 4.5. Hidroksid dalam air alkali hanya menaikkan pH pada tahap 0.1 ke pH 4.6 yang akan mengacah sel mengeluarkan asid hidroklorik untuk mengekalkan pH asal 4.5.

Apakah yang seterusnya terjadi?

Asid hidroklorik yang baru dihasilkan bertindak dengan hidroksid alkali dan asid karbonik dengan terhasilnya bikarbonit yang menyerap dan mengalir dalam darah membekal benteng alkali dan mengelak darah berasid.

Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?

Apabila darah berasid dineutralkan dengan minuman beralkali, sirkulasi darah meningkat dengan tidak perlunya ubat statin (pencair darah). Ini merupakan satu proses penyembuhan. ACD sangat berfaedah bagi tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang.

Apakah diantara perkara positif yang berlaku jika bendalir /cecair badan beralkali?

“Bila anda beralkali anda cergas dan bertenaga. Apabila anda bertenaga, anda rasa lebih baik dan berfikiran cerdas. Anda mempunyai tenaga berterusan apabila anda beralkali. Manfaat positif badan beralkali ialah kesihatan yang baik, bertenaga, cergas, minda yang jelas dengan penuh vitality,” Dr Robert Young.

Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?

Jika sel mendapat kurang dari 60% oksigen yang diperlukan, ia bertukar menjadi kanser.

Apakah tanda keasidan dalaman?

Timbunan asid lemak menjadikan anda gemuk, pembentukan kolesterol berakhir dengan sakit jantung dan keasidan merangsang pembentukan batu karang hempedu dan buah pinggang/ ginjal. Ketiga-tiga ini adalah contoh bagaimana buangan berasid diubah menjadi ketulan/pepejal supaya tiada cecair berasid masuk kedalam darah anda.

Apakah diantara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?

Cengkung mata/mendalam, atritis reumatoid, tekanan darah tinggi, sirkulasi darah dijantung lemah,insomnia, migrain, kegemukan, susah menelan, batu karang, cepat tua, kekurangan daya seks.

source : HPAproduct2U

2 comments:

  1. salam.. kak, cmne nk dptkn aer alkali tu.. =)

    ReplyDelete
  2. wsalam wbt...cth air alkali = air mineral, air zam zam(rasa air zam zam ialah rasa air alkali berpH tinggi = 10.++) tp susah nk dpt kan? jd, leh cari kat pasaran2 tmptn, antaranye HPA, ade jual drops utk mengalkalikan air.. (bkn nk promot produk hpa, cume ritau source air alkali tu je...sbb stakat ni akk tau hpa ade jual mcm2 produk air alkali) :)

    ReplyDelete