Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 9, 2010

20 Perkara Perempuan

Dahsyat sungguh perempuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. mari kita baca.


  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan kawan-kawan.
  5. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  6. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
  7. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  8. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  9. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.
  10. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  11. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
  12. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
  13. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  14. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  15. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  16. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  17. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
  18. Senjata wanita adalah airmata!!
  19. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.
  20. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 20 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

No comments:

Post a Comment