Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Ayam Masak Paprik

Assalamu'alaikum...

hari ni, aku nak kongsi satu lagi resepi.. Ayam masak paprik..selalu makan ni kat kedai je kan, wondering cmane la cara masaknye.. my housemate, nona, la yang ajar cmane nak masak ayam paprik ni.... mari kita belajar sama-sama...

Bahan-bahan
  • Kubis bunga
  • lobak
  • lada benggala
  • ayam (dipotong kecik-kecik)
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • lada merah
  • cili api
  • daun limau purut
  • serai
  • pelbagai sos (sos cili, sos tiram, sos thai, kicap)

Cara-cara
Panaskan minyak. Lepas tu, masukkan ayam, kacaukan sampai masak. kemudian, masukkan
bawang merah, bawang putih, halia, daun limau purut, serai dan garam secukup rasa, biarkan sampai naik bau. lepas tu, masukkan kubis bunga, lobak, lada benggala, lada merah dan cili api. kalau nak pedas, letak la banyak-banyak cili api. last sekali, masukkan campuran sos. sukatan sos-sos tu, ikut citarasa korang la ye, seimbangkan sume.

haaa, mmg sedap!! masakan rumah tetap yang terbaik.. berkat pun ada.. tambah-tambah lagi, kalau kita masakkan untuk orang-orang yang tersayang. selamat mencuba semua.. :)

Friday, March 18, 2011

Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan
  • Ayam
  • Kicap
  • Lada sulah
  • Minyak
  • Bawang
  • Kentang

Cara-cara
Perap ayam dengan kicap dan lada sulah. Hiris bawang, tumis dan goreng sampai garing, pastu, masukkan ayam yang diperap dan kentang. Masukkan sedikit air, masak sampai ayam dan kentang empuk dan kuah kering.