Friday, March 18, 2011

Agar-agar Santan

Bahan-Bahan:
1 paket agar-agar
Air secukupnya
Gula melaka/gula manisan
4 biji telur
santan
sedikit daun pandan
(dicuci bersih dan disimpul)

Cara:
Di dalam periuk, satukan air, agar-agar, daun pandan dan gula melaka sehingga hancur. Di dalam bekas lain, pukul telur dengan garfu, masukkan santan dan gaul sebati. Tuang campuran telur dan santan ke dalam periuk. Biar seketika dan padamkan api. Tuang agar-agar ini ke dalam bekas/acuan kegemaran.
Simpan dalam peti sejuk untuk dibekukan.
Cadangan Hidangan:
Enak sebagai pencuci mulut dan juga sebagai kuih untuk berbuka puasa. Manis dan dingin, ah sejuk tekak...Kalau tak ada gula melaka boleh ganti gula biasa, dan guna sedikit perwarna hijau. Jadi la agar-agar lumut.
Tambahan:
Agar-agar ini secara semulajadi akan menjadi 2 lapis, lapis bawah berwarna coklat tua/warna gula melaka. Lapisan atas pula berwarna coklat cerah dengan corak batik2/lumut yang cantik, hasil campuran telur dan santan.

No comments:

Post a Comment