Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 22, 2011

Puding Castard

Assalamu'alaikum... hari ini, aku nak share resepi puding castard. resepi ni diberi oleh mak usu aku..dah buat dah...i like it..tapi sesetengah orang suka pudingnya manis2..

Bahan-bahan
Puding
1 cawan tepung castard
3.5 cawan air (suhu bilik)
1 sudu besar penuh susu pekat

Kuah
1 tin susu cair
1.5 tin air (panas)
4 sudu gula pasir
1++ sudu tepung castard (bancuh dalam cawan lain dulu)
buah cocktail

Cara-cara
Puding
masukkan semua bahan dalam periuk, hidupkan api, kacau sampai mendidih, pekat dan berkilat. kemudian tutup api, tuangkan ke dalam loyang, dan sejukkan.

Kuah
masukkan susu cair, dan air dalam periuk, kacau atas api sampai mendidih, masukkan tepung castard dan kacau rata. Tutup api, biarkan sejuk, dan masukkan cocktail. masukkan semua dalam peti sejuk...dah sejuk semua, boleh la dimakan...sedap dimakan semasa sejuk...selamat mencuba..


2 comments: